T-Team terlebih dahulu berada di hadapan seawal minit ke-10 menerusi Dilshod Sharofetdinov sebelum Lang Merah terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-32 selepas pertahanan Rizal Ghazali dibuang padang.
Kelebihan itu dimanfaatkan sepenuhnya tuan rumah dengan memulakan pesta gol menerusi Nor Hakim Hassan lima minit kemudian sebelum Mamadou Samassa menjadikan kedudukan 3-0 sebelum tamat babak pertama.
Nor Hakim melengkapkan hatrik dengan meledak dua lagi jaringan pada minit ke-60 dan 64.
Sementara itu, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan cengkaman peneraju Liga Super selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas PKNS di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
PKNS terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah menerusi gol Bobby Gonzales pada minit ke-35, namun kesilapan Matias Nicolas menghasilkan gol sendiri dua minit kemudian membolehkan JDT menyamakan kedudukan.
Kapten JDT, Safiq Rahim kemudian tenang menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-55 bagi memastikan kejayaan Harimau Selatan.
Di Stadium Darul Makmur, Pahang bangkit daripada ketinggalan dua kali untuk mengikat Selangor 2-2.
Julian Miniero meletakkan Selangor di hadapan seawal minit keenam namun kapten Pahang, Mathhew Davies menyamakan kedudukan lima minit kemudian.
Francis Forkey Doe meletakkan Selangor di hadapan menerusi sepakan penalti pada minit ke-66, namun Faisal Rosli mera­napkan impian pelawat untuk meraih tiga mata selepas meledak gol penyamaan ketika perlawanan berbaki seminit.
Di Stadium Negeri, Sarawak dan Perak seri 3-3.
Tuan rumah mencipta jaringan seawal minit kelapan menerusi Mateo Roskam sebelum Faton Toski menyamakan kedudukan buat Perak pada minit ke-17 sebelum Mohd. Hafiz Kamal meletakkan pa­sukan pelawat di hadapan.
Di Stadium Batu Kawan, Kelantan membelasah Pulau Pinang 5-1 dengan Mohammad Ghaddar meledak empat gol dalam perlawanan itu manakala Melaka United dan Felda United seri 1-1 di Stadium Hang.