13 SEPTEMBER 2016
t-team
PASUKAN T-Team
tekad menampilkan aksi terbaik untuk melakar kemenangan ke atas Felda United
pada saingan suku akhir kedua Piala Malaysia walaupun sedar ia bukan tugas yang
mudah.
Skuad bimbingan
Rachmad Darmawan itu perlu konsisten mencipta kemenangan sekali gus mara ke
separuh akhir, biarpun terpaksa beraksi di tempat lawan Sabtu ini.
Rachmad percaya
anak buahnya mampu melakar kemenangan jika mereka dapat mengekalkan corak
permainan sepertimana ditampilkan pada suku akhir pertama sebelum ini, serta
dalam saingan Liga Super berdepan pasukan lawan itu, Sabtu lepas.
Beliau berkata
corak permainan yang konsisten daripada pemain amat ditagih sepanjang
perlawanan itu, malah mereka juga perlu menyekat jentera serangan pasukan lawan
untuk menjaringkan gol.
"Kita bukan
sahaja perlu melakar kemenangan dengan kelebihan jaringan tetapi matlamat utama
kita adalah untuk menyekat skuad kendalian Ifran Bakti Abu Salim itu daripada
melakukan jaringan.
"Kita akui
ia bukan mudah, namun kita akan lakukan yang terbaik untuk melangkah ke
peringkat seterusnya," kata beliau kepada pemberita di sini.
Pada perlawanan
suku akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu,
28 Ogos lepas, kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Dalam pada itu,
Rachmad berharap kemenangan 3-2 ke atas Felda United dalam saingan Liga Super,
Sabtu lepas, akan membakar semangat pemain untuk terus mencipta kemenangan
terhadap pasukan lawan itu dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia nanti. -
Bernama
SUMBER-SINAR
HARIAN OMLINE 13 SEPTEMBER 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan