Pemain T-Team meraikan kejayaan membelasah Kedah 5-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.
KUALA
LUMPUR 15 April – Juara Piala Malaysia, Kedah mengalami kekalahan
terburuk dalam saingan Liga Super musim ini apabila dibelasah 0-5
kepada T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin, hari ini.
T-Team terlebih dahulu berada di
hadapan seawal minit ke-10 menerusi Dilshod Sharofetdinov sebelum Lang
Merah terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-32 selepas
pertahanan Rizal Ghazali dibuang padang.
Kelebihan
itu dimanfaatkan sepenuhnya tuan rumah dengan memulakan pesta gol
menerusi Nor Hakim Hassan lima minit kemudian sebelum Mamadou Samassa
menjadikan kedudukan 3-0 sebelum tamat babak pertama.
Nor Hakim melengkapkan hatrik dengan meledak dua lagi jaringan pada minit ke-60 dan 64.
Sementara
itu, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan cengkaman peneraju Liga Super
selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas PKNS di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
PKNS
terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah menerusi gol Bobby Gonzales pada
minit ke-35, namun kesilapan Matias Nicolas menghasilkan gol sendiri
dua minit kemudian membolehkan JDT menyamakan kedudukan.
Kapten
JDT, Safiq Rahim kemudian tenang menjaringkan gol menerusi sepakan
penalti pada minit ke-55 bagi memastikan kejayaan Harimau Selatan.
Di Stadium Darul Makmur, Pahang bangkit daripada ketinggalan dua kali untuk mengikat Selangor 2-2.
Julian
Miniero meletakkan Selangor di hadapan seawal minit keenam namun kapten
Pahang, Mathhew Davies menyamakan kedudukan lima minit kemudian.
Francis
Forkey Doe meletakkan Selangor di hadapan menerusi sepakan penalti pada
minit ke-66, namun Faisal Rosli meranapkan impian pelawat untuk meraih
tiga mata selepas meledak gol penyamaan ketika perlawanan berbaki
seminit.
Di Stadium Negeri, Sarawak dan Perak seri 3-3.
Tuan
rumah mencipta jaringan seawal minit kelapan menerusi Mateo Roskam
sebelum Faton Toski menyamakan kedudukan buat Perak pada minit ke-17
sebelum Mohd. Hafiz Kamal meletakkan pasukan pelawat di hadapan.
Di Stadium Batu Kawan, Kelantan
membelasah Pulau Pinang 5-1 dengan Mohammad Ghaddar meledak empat gol
dalam perlawanan itu manakala Melaka United dan Felda United seri 1-1 di Stadium Hang.