ISNIN, 12 SEPTEMBER 2016 @ 9:01 PM
Oleh Faizul Azlan Razak bhsukan@bh.com.my
SAFAWI bertekad
untuk memastikan T-Team meneruskan rentak cemerlang bertemu FELDA United dalam
aksi suku akhir kedua Piala Malaysia. - Foto Aswadi Alias KUALA TERENGGANU:
Pemain kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid bertekad untuk memastikan T-Team
meneruskan rentak cemerlang bertemu FELDA United dalam aksi suku akhir kedua
Piala Malaysia di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Sabtu ini.
Pemain sayap kiri
berusia 19 tahun itu berkata, kemenangan 3-2 ke atas naib juara Liga Super
Sabtu lalu menambah keyakinan buat The Titans. "Kejayaan mengatasi FELDA
United, Sabtu lalu hasil kerja keras dan semangat juang rakan sepasukan untuk
meraih kemenangan.
"Kemenangan ini bukan saja mengekalkan pasukan dalam
Liga Super musim depan, malah memberi suntikan moral untuk menghadapi suku
akhir kedua di Jengka, Sabtu ini," katanya. Penjaring gol pada aksi suku
akhir pertama itu berkata, jika rakan sepasukan mengekalkan aksi konsisten
seperti perlawanan tempoh hari, peluang pasukannya mara tampak cerah. Katanya,
dia yakin taktikal yang dipertaruhkan ketua jurulatih, Rahmad Darmawan mampu
merakamkan kemenangan untuk mara ke separuh akhir.
"Jika dilihat
prestasi semasa pasukan, peluang kita untuk meraih kemenangan ke atas FELDA
United di stadium keramat mereka masih ada. "Saya akui FELDA United
memiliki sedikit kelebihan jaringan gol di tempat lain, namun kami akan berusaha
untuk mengatasi situasi itu dengan memburu gol awal," katanya. Pada aksi
suku akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 28 Ogos lalu,
T-Team dan FELDA United mencatatkan seri 1-1.
Sumber : http://www.bharian.com.my/node/192173
Tiada ulasan:
Catat Ulasan