Sabtu, 15 Oktober 2016

Rezeki tak jumpa stadium

 
Ketua Pegawai Operasi T-Team, Mohd Shahrizan Mohd Zain (tengah) menyampaikan pas percuma kepada penyokong T-Team di pejabat T-Team. FOTO STR/MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK
Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli
am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Kekecewaan 44 penyokong T-Team yang tersesat dan gagal menyaksikan perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka pada 17 September lalu terubat apabila diberi tajaan tiket percuma bagi perlawanan Sabtu ini.

Tajaan tiket itu membabitkan perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara T-Team menentang Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini.


Mereka menerima pas khas disampaikan Ketua Pegawai Operasi T-Team Mohd Shahrizan Mohd Zain dalam satu majlis ringkas di Pejabat T-Team, hari ini.

Mereka akan menuntut tiket perlawanan itu yang akan diedarkan pada pagi Sabtu nanti.

Pada 17 September lalu, kumpulan penyokong terbabit terlepas untuk menyaksikan perlawanan pasukannya menentang FELDA United kerana bas dinaiki mereka tersesat hingga ke Jempol, Negeri Sembilan.

Menurut Mohd Shahrizan, pemberian tiket perlawanan itu adalah sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan dan kesungguhan kumpulan penyokong terbabit kepada T-Team.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Oktober 2016 @ 7:14 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan