Aksi Konate pada separuh akhir
pertama di Stadium Shah Alam. FOTO NSTP
BERNAMA
Kuala Terengganu: 'Awang
import' Makan Konate tekad mahu mencipta sejarah dalam membantu membawa pasukan
T-Team ke final Piala Malaysia musim ini.
Bagi erealisasikan impian
pemain berusia 25 tahun itu berharap kesemua pemain akan terus memberi komitmen
penuh apabila menentang Selangor pada aksi separuh akhir kedua di laman
sendiri, Sabtu ini.
Walaupun ketinggalan 1-2 pada
separuh akhir pertama Konate menganggap ia peluang terbaik untuk pasukan itu
membuat penampilang sulung di final dengan sokongan penyokong serta tuah
gelanggang sendiri.
"Fokus kami untuk
memenangi perlawanan penting ini," kata pemain kelahiran Mali itu, hari
ini.
Menurutnya, ketika ini semua
pemain membuat persediaan mental dan fizikal menerusi latihan direncanakan oleh
ketua jurulatih, Rahmad Darmawan.
Biarpun tanpa kelibat rakan
senegara Abdoulaye Maiga di barisan depan dalam kesebelasan utama, Konate
kehadiran semula perancang utama, Dilshod Sharofetoinov akan menyuntik semangat
pemain mencari kejayaan.
Sharofetoinov, pemain kelahiran
Uzbekistan sebelum ini tidak dapat diturunkan pada aksi separuh akhir pertama
akibat penggantungan satu perlawanan selepas mengutip dua kad kuning.
Konate pemain tengah yang kerap
peranan selaku penggempur bentang pertahanan lawan, berkata kehadiran semula
Sharofetoinov kembali memberi semangat sekali gus memperkuatkan barisan
serangan.
Beliau yakin pasukannya mampu
menampilkan aksi yang lebih baik berbanding perlawanan separuh akhir pertama di
Stadium Shah Alam berbanding dua minggu lalu.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Khamis, 13 Oktober 2016 @ 5:40 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan