ZUBIR SULAIMAN
10 SEPTEMBER 2016
T-Team harap
magis terbaik Pemain import T-Team, Dilshod Sharofetdinov bakal menjadi aset
utama skuad Titans dalam menggempur benteng pertahanan Felda United pada
pertemuan itu nanti.
MESKIPUN bakal
berdepan laluan sukar bertemu Felda United pada aksi kedua suku akhir Piala
Malaysia 17 September depan namun ia bukan menjadi penghalang buat skuad T-Team untuk merebut peluang terbaik itu
dalam membuktikan kemampuan mereka mara ke pusingan seterusnya.
Apa yang pasti
keputusan seri 1-1 ke atas pasukan berstatus kelab itu dalam aksi pertama
sebelum ini bakal menjadi pembakar
semangat buat kem kendalian Rahmad Darmawan untuk tampil dengan aksi yang lebih berdisiplin sekali gus
mengulangi kejayaan pernah dilakarkan mereka empat tahun lalu.
Justeru, wakil
tunggal pasukan dari Terengganu itu perlu segera melupakan isu mutu pengadilan perlawanan yang dilihat tidak
memihak kepada mereka untuk membawa
bekalan selesa ke Stadium Tun Abdul Razak, Jengka dengan mencari kelebihan gol
di gelanggang lawan nanti.
Rahmad yang juga
bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia itu mengakui ia bukan perkara
mustahil untuk dilakukan sekiranya pemain berjaya mengekalkan komitmen terbaik
mereka sebagaimana dibuktikan pada aksi pertama di hadapan penyokong sendiri
minggu lalu.
Menurutnya, kem
T-Team bukan sahaja perlu melakarkan
kejayaan dengan kelebihan jaringan
tetapi matlamat utama pasukan pada perlawanan itu adalah menyekat skuad
kendalian Ifran Bakti Abu Salim daripada melakukan jaringan.
Masih terbuka
Selagi Felda
United tidak menjaringkan gol, maka peluang buat kem The Titans untuk melangkah
ke saingan separuh akhir masih terbuka
dan mengharapkan setiap pemain yang memikul tanggung jawab penting itu nanti
bukan sahaja mampu memberikan aksi
terbaik mereka malah berusaha menyekat kemaraan pasukan The Fighter sehingga ke wisel penamat.
Melihat kepada
kesungguhan dan keazaman pemain ketika aksi pertama 28 Ogos lalu, skuad Titans
seharusnya tidak berdepan sebarang masalah dalam melonjakkan prestasi mereka
dengan lebih cemerlang dan meraih kejayaan sebagaimana yang diinginkan.
Malah aksi pertemuan
saingan Liga Super menentang Felda United, malam ini wajar
dijadikan medan terbaik buat
skuad Titans dalam memantapkan lagi strategi pasukan khususnya memperkemaskan
jentera serangan yang sebelum ini dilihat masih dibelenggu masalah di bahagian
penyudah.
Sekiranya, T-Team
mampu melakarkan kemenangan pada pertemuan liga itu nanti, maka ia sedikit
sebanyak mampu mengurangkan tekanan buat pemain untuk memperagakan aksi lebih
meyakinkan di gelanggang lawan untuk merebut slot ke separuh akhir Piala
Malaysia nanti.
Pastinya, ‘magis’
bekas pengendali Persija Jakarta itu
sekali lagi ditagih bagi memastikan persiapan T-Team dapat dilakukan serapi
mungkin dengan membawa misi lebih membara untuk melonjakkan nama Titans di
prestasi terbaik kempen Piala Malaysia musim ini.
Harapan
Sebagaimana
impian skuad T-Team untuk mara ke saingan separuh akhir Piala Malaysia,
demikian jugalah harapan penyokong setia The Titans yang begitu meletakkan
harapan tinggi melihat pasukan kesayangan mereka mara ke pusingan seterusnya.
Setiausaha Kelab
Penyokong Siber Bola Sepak Terengganu (Ganucyber.net), Hamizul Ishak, 42
mengharapkan T-Team dapat merebut
peluang terbaik itu dengan memberikan aksi terbaik mereka untuk mara ke
pusingan seterusnya.
Katanya, dia
yakin dengan kemampuan ketua jurulatih (Rahmad Darmawan) dalam merencanakan
strategi terbaik pasukan sebagaimana dibuktikan pada aksi suku akhir pertama
tempoh hari.
“Kalau bukan
disebabkan mutu pengadilan, pastinya T-Team sudah berjaya membawa bekalan
selesa di tempat lawan dan berharap pemain dapat terus fokus dalam memburu
kemenangan nanti.
“Jadi pemain
perlu lah segera melupakan apa yang berlaku, sebaliknya turun dengan semangat
baharu untuk mencipta kebangkitan di Stadium Tun Abdul Razak Jengka,” katanya.
Manakala, Nur
Fatiha Ali, 25 turut menaruh harapan tinggi pasukan kesayangannya itu mampu
melakarkan kemenangan di gelanggang lawan dan mengharapkan pemain tidak mudah
berputus asa sehingga ke wisel penamat.
“Saya yakin
sekiranya pemain dapat bermain
sebagaimana sebelum ini tidak mustahil mereka (T-Team) mampu meraih kemenangan.
“Jadi, saya harap
peluang keemasan ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh setiap pemain yang
bakal menggalas tanggungjawab di dalam padang dengan mempamerkan semangat
berpasukan yang tinggi,” katanya.
Sementara itu,
Setiausaha, Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu FC (TFC) Mohd Farid Shaipullah Mat Said, 30 berkata,
selain sokongan daripada peminat setia skuad The Titans, pihak pengurusan
tertinggi juga perlu turun padang dalam memberi suntikan semangat kepada
pemain.
Katanya, ia
secara tidak langsung dapat akan membantu menaikkan lagi moral pemain yang
sebelum ini dilihat sedikit tertekan ekoran isu mutu pengadilan yang tidak
memihak kepada pasukan T-Team.
SUMBER-SINAR
HARIAN ONLINE 10 SEPTEMBER 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan