ZUBIR SULAIMAN
FOTO: AIDIL MUSLIMIM
28 OGOS 2016
T-Team bawa
bekalan selesa
HASRAT pasukan
berstatus kelab T-Team membawa bekalan selesa ke Stadium Tun Abdul Razak ,
Jengka pada 17 September depan tidak kesampaian apabila sekadar mencatatkan
keputusan seri 1-1 ketika turun melayan kunjungan Felda United pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium
Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.
Tuan rumah yang
bermula garang berjaya membuka jaringan awal menerusi rembatan kencang pemain
muda, Mohd Safawi Rasid pada minit kedua perlawanan selepas bijak memanfaatkan
hantaran Mohd Nor Hakim Hassan.
Jaringan itu
nyata menyemarakkan lagi semangat kem
The Titans dengan menggempur kubu pertahanan pelawat dan nyaris mengukuhkan
kedudukan melalui sepakan penjuru Mohd Safawi Rasid namun tandukan Maiga
Abdoulaye Youssouf gagal menemui pintu gol pada minit kelima.
Seminit selepas
itu peluang keemasan tuan rumah untuk menambah jaringan sekali lagi
dipersia-siakan Dilshod Sharofetdinov apabila sepakan percumanya berjaya dinafikan penjaga gawang Felda
United,Mohd Farizal Harun.
Pelawat yang
sesekali melakukan serangan ke gawang tuan rumah bagaimanapun gagal menembusi
kekentalan benteng pertahanan yang dikawal ketat, kapten pasukan, Mohammad
Hasbullah Awang dan gandingannya, Maiga Abdoulaye Youssouf.
Begitupun kerja
keras pelawat hampir menemui jaringan penyamaan pada minit ke-20 menerusi sepakan penjuru yang dilakukan Mohd Hadin Azman tetapi gagal disudahkan
dengan kemas Ahmad Syamim Yahya.
Meskipun beraksi
di dalam hujan dan keadaan padang yang basah, kedua-dua pasukan dilihat
mempamerkan corak permainan lebih berdisplin apabila terus melakukan asakan ke
gawang masing-masing.
Kelalaian benteng
pertahanan tuan rumah nyaris mengundang padah apabila pemain import pelawat,
Zah Rahan Krangar berjaya memlepasi kawalan ketat dua pemain T-Team, sebelum
melepaskan rembatan tepat ke gawang gol pada minite ke-39, namun berjaya
diselamatkan Muhammad Ilham Amirullah.
Seminit sebelum
tamat babak pertama perlawanan sorakan hampir 5,000 penyokong tuan rumah terus
bergema apabila Mohd Asrol Ibrahim hampir menambah jaringan T-Team, namun
peluang keemasan itu gagal dimanfaatkan setelah rembatannya berjaya
diselamatkan Mohd Farizal Harun sekaligus membawa perlawanan ke bilik
persalinan.
Bersambung babak
kedua menyaksikan tuan rumah memperkemaskan rentak permainan dan penyerang
import T-Team, Makan Konate nyaris menjaringkan gol kedua skuad The Titans
apabila bijak menyempurnakan hantaran, Mohd Nor Hakim Hassan tetapi Mohd
Farizal bertindak cemerlang menafikan percubaan pemain kelahiran Mali itu pada
minit ke-47.
Pelawat yang melancarkan
serangan balas akhirnya berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi ‘ayam
tambatan’ Francis Forkey Doe pada minit ke-51.
Kedua-dua pasukan
dilihat terus menggandakan asakan dan tuan rumah hampir kembali berada di depan
menerusi gerakan cantik Mohd Safawi Rasid pada minit ke-66, bagaimanapun
hantaran kemasnya di depan gol pelawat gagal dimanfaatkan Makan Konate.
Empat minit
berselang, Dilshod Sharofetdinov berjaya memanfaatkan kekalutan di depan gawang
pelawat setelah merembat masuk sepakan penjuru Mohd Asrul Ibrahim, bagaimanapun jaringan itu dibatalkan pengadil
perlawanan Khairulazuan Kidam setelah pemain T-Team didakwa mengasari penjaga
gawang pelawat terlebih dahulu.
T-Team yang cuba
bangkit mencari gol kemenangan akhirnya terpaksa akur dengan keputusan seri itu
selepas beberapa percubaan merbahaya di depan gawang gol pelawat berjaya
dinafikan Mohd Farizal sehingga tamat perlawanan.
SUMBER-SINAR
HARIAN OMLINE 28 OG0S 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan