23 OGOS 2016
t-team
PASUKAN T-Team
akan turun tanpa khidmat pemain pertahanan import, Maiga Abdullav apabila
berdepan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aksi Liga Super di Stadium Hang
Jebat, Melaka malam esok.
Maiga terpaksa
direhatkan kerana menjalani penggantungan automatik selepas mengumpulkan dua
kad kuning.
Namun penolong
jurulatih T-Team Mohd Azhari Salim percaya bekas pertahanan pasukan Harimau
Muda, Amir Zafran mampu mengambil alih tugas yang ditinggalkan itu.
Azhari berkata,
semangat skuad itu kini cukup tinggi untuk memastikan mereka kekal dalam
saingan Liga Super selepas melayakkan diri ke pusingan suku akhir Piala
Malaysia.
"Apapun buat
masa ini, pemain harus melupakan kempen Piala Malaysia buat seketika untuk
memberikan tumpuan kepada saingan liga," katanya.
T-Team kini
mengumpul 20 mata untuk berada di kedudukan ketujuh liga, terikat mata yang
sama dengan PDRM dan hanya berkelebihan dua mata daripada pasukan kedua
tercorot liga, Terengganu.
Azhari berkata,
T-Team perlu menang malam esok serta baki empat perlawanan yang lain untuk
berada dalam kedudukan yang lebih selesa, sekali gus memastikannya kekal dalam
saingan Liga Super musim depan.
"Walaupun
bermain di gelanggang lawan, T-Team yakin mampu menjinakkan PDRM malam
esok," katanya.
Sebagai rekod,
T-Team dan PDRM seri 1-1 dalam pertemuan di pusingan pertama di Stadium Sultan
Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada awal musim. - Bernama
SUMBER-SINAR
HARIAN OMLINE 23 OG0S 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan