PEMAIN T-Team Arif Fadzillah
(kiri) melepasi asakan Bunyamin Umar.
Malik Muhamad & Ahmad
Rabiul Zulkifli
sukan@hmetro.com.my
Kuala Terengganu: “Bukan aksi
sebenar pemain,” ia kesimpulan ketua jurulatih T-Team Rahmad Darmawan selepas
pasukannya dilemaskan juara bertahan Selangor pada separuh akhir kedua Piala
Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam kelmarin.
Selain itu jaringan seawal
minit kedua menerusi R Gopinathan dan gol kedua pada minit ke-18 melalui Ugo
Ukah membunuh semangat juang pemain The Titans untuk kembali bangkit memadam
kelebihan pasukan pelawat yang begitu selesa mendominasi perlawanan dengan kemenangan
3-0 untuk menjadikan agregat 5-1.
“Pada awal babak pertama kami
bermain terlalu berhati-hati dan memberi ruang kepada lawan bergerak bebas yang
akhirnya membawa padah selepas The Titans ketinggalan dengan jaringan
pendahuluan.
“Selepas jaringan awal itu
pemain mungkin terkejut dan sedikit sebanyak melemahkan semangat dan mental
pemain untuk kembali bangkit untuk memburu gol bagi merapatkan kedudukan,” kata
Rahmad sebaik tamat perlawanan.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada :
Isnin, 17 Oktober 2016 @ 9:08 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan