MAIGA (kanan) digantung satu
perlawanan.
Malik Muhamad
sukan@hmetro.com.my
Kuala Terengganu: Skuad T-Team
terpaksa melupakan khidmat pertahanan kental Abdoulaye Youssouf Maiga dalam
aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia apabila pemain kelahiran Bamako, Mali
itu digantung satu perlawanan selepas menerima dua kad kuning.
Berita kurang menggembirakan
peminat setia skuad The Titans itu juga bakal memberi tamparan hebat buat
pasukan dalam usaha memadam kelebihan satu jaringan Selangor selepas aksi
pertama di Shah Alam minggu lalu.
“Ketiadaan pemain berusia 27
tahun itu memang dirasai kem T-Team apatah lagi pemain tinggi lampai itu selalu
berjaya mengekang asakan penyerang lawan ketika separuh akhir pertama minggu
lalu.
“Bagaimanapun, saya percaya
barisan kejurulatihan yang diketuai Rahmad Darmawan mempunyai taktikal dan
strategi tersendiri untuk mengekang rangkaian penyerang lawan dalam aksi
penting 15 Oktober ini.
“Kehadiran semula Wan Ahmad
Amirzafran Wan Nadris yang sudah pulih daripada kecederaan agak melegakan dan
dia adalah calon terbaik untuk menggantikan Maiga,” kata Ketua Pegawai Operasi
T-Team Mohd Syahrizan Mohd Zain.
Bekas pertahanan pasukan
Sriwijaya FC dalam Liga Super Indonesia itu dilayangkan kad kuning kedua ketika
pertemuan separuh akhir pertama bertemu Selangor dan satu lagi ketika bertemu
FELDA United dalam aksi suku akhir.
Mengulas lanjut, Mohd Syahrizan
berkata, beliau lega apabila semua pemain kecuali Maiga bebas daripada sebarang
penggantungan atau kecederaan selepas aksi pertama lalu.
“Kita sasarkan untuk mara ke
final dan berharap beberapa pemain utama termasuk pemain import dari Mali Makan
Konate dan Mohd Safawi Rasid yang sudah mengumpul satu kad kuning mampu menjaga
emosi selain memperaga corak permainan terbaik untuk mengelak mereka terlepas
beraksi dalam pentas akhir jika The Titans layak.
“Saya juga berkeyakinan situasi
ini ada hikmah di sebaliknya sambil mengharapkan sokongan padu peminat setia
pasukan sebagaimana ketika aksi di Shah Alam untuk menyuntik semangat pemain,”
katanya.
Sumber-Artikel ini disiarkan
pada : Khamis, 6 Oktober 2016 @ 8:44 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan