HAQIMIE (dua dari kanan) yakin
kemampuan pemain T-Team.
Kuala Terengganu: Ayuh T-Team!
Buktikan kemampuan dalam misi mencipta sejarah melangkah ke pentas akhir Piala
Malaysia. Itulah kata-kata semangat ketua jurulatih skuad bergelar The Titans
Rahmad Darmawan menjelang pertemuan separuh akhir kedua bertemu juara bertahan
Piala Malaysia Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) malam
ini.
Pemain The Titans kini
diibaratkan sebagai ‘harimau luka’ selepas tewas 1-2 dalam aksi separuh akhir
pertama di tempat lawan pada 1 Oktober lalu dan kini berpeluang cerah untuk
bangkit memburu kemenangan apatah lagi beraksi di hadapan penyokong sendiri.
“Atas kertas, pasti pengalaman
lebih memihak kepada Selangor berikutan kejayaan merangkul trofi berprestij itu
sebanyak 33 kali termasuk musim lalu berbanding T-Team yang baru dua kali layak
ke separuh akhir saingan Piala Malaysia.
“Tetapi atas padang skripnya
cukup berbeza dan kita mampu lakukan kejutan selain berharap situasi berkenaan
tidak akan menjadi satu beban buat pemain, saya tetap berkeyakinan dan percaya
pemain bakal memperoleh motivasi yang tinggi untuk membuktikan kemampuan
mereka,” kata Rahmad.
Pengendali yang pernah
membimbing skuad kebangsaan Indonesia itu turut menyatakan beliau tidak rela
anak buahnya melepaskan peluang terbaik walaupun sedar pasukan pelawat memiliki
barisan pemain berkualiti dan berpengalaman berbanding T-Team yang masih
mentah.
“Kita ada resipi dan acuan kita
sendiri, kita juga tidak hanya fikirkan bagaimana untuk menghasilkan jaringan
bagi memadam kelebihan lawan tetapi kita juga perlu ada cara bagi mengelak
lawan meledak jaringan.
“Saya sudah mempersiapkan semua
pemain di setiap posisi dalam aksi penting ini dengan harapan pemain mampu
memperagakan aksi terbaik tanpa tekanan sepanjang 90 minit,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai
Operasi Mesotropin Sdn Bhd (MESOTROPIN) Shekh Mohd Haqimie Shekh Husain
menyatakan, berdasarkan prestasi semasa, skuad bimbingan Rahmad mempunyai
peluang cerah melangkah ke final.
Selain itu, Mohd Haqimie
berkata, Mesotropin yang juga antara penaja skuad The Titans musim ini turut
membayangkan pemain yang dimiliki skuad itu mampu melangkah lebih jauh
terutamanya selepas menggunakan produk nutrisi sukan keluaran syarikatnya.
“Sebagaimana yang kita ketahui
melalui pengambilan Mesotropin HydroWhey ia akan dapat membantu meningkatkan
kecergasan, pembinaan otot dalam masa yang singkat serta dapat membantu proses
pemulihan bagi menjana tenaga dan fokus.
“Dengan menggunakan M-sotropin
sebagai makanan tambahan pula, penjanaan hormon pertumbuhan sedia ada di dalam
badan dapat membantu anda membina saiz dan jisim otot di samping dapat mencegah
penguraian otot selepas berakhirnya sesi latihan yang dipanggil proses
katabolisma,” katanya.
Bercakap mengenai bahan utama
dalam M-sotropin, Haqimie berkata, bahan utama yang terdapat dalam produk itu
terdiri daripada BCAA, tribulus dan tongkat ali.
“Dalam kata lain, M-sotropin
ialah pemakanan tambahan manakala HydroWhey pula pemakanan tambahan yang
diambil selepas melakukan latihan berat, justeru kami menyarankan produk
keluaran Mesotropin adalah pilihan bijak dan tepat kepada mereka yang
memerlukan,” katanya.
Sumber-Artikel ini disiarkan
pada : Sabtu, 15 Oktober 2016 @ 8:51 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan