Isnin, 17 Oktober 2016

TFC II kekal dalam Liga Malaysia

17 Oktober 2016 12:31 AM
 PENYERANG TFC II, Patrick Dos Santos (tengah) cuba melepasi kawalan
PENYERANG TFC II, Patrick Dos Santos (tengah) cuba melepasi kawalan pemain Selangor Mohd. Rizal Fahmi Ab Rosid (kiri) dan Ugochukwu Ukah dalam separuh akhir Piala Malaysia di Kuala Terengganu, kelmarin. BERNAMA
KUALA TERENGGANU 16 Okt. – Setelah untung rugi kewujudan pasukan Terengganu FC II (TFC II) dicongak pada setiap hujung musim, kerajaan negeri akhirnya memberi jaminan, pasukan itu tidak akan dibubarkan.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pasukan bertaraf kelab yang dahulunya dianggap ‘adik’ kepada Terengganu FC dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) bagaimanapun menunjukkan prestasi lebih membanggakan daripada skuad utama.

Malah kerajaan negeri berhasrat memantapkan lagi pasukan itu, namun tanpa melibatkan perubahan besar berbanding rombakan yang akan dibuat terhadap Terengganu FC.

“Walaupun tidak berjaya mencipta sejarah mara ke final Piala Malaysia, kita puas hati dengan corak permainan dan semangat juang yang begitu tinggi.

“Maka skuad ini perlu dikekalkan, malah kami akan memastikan ia diberi peluang dan diperkemaskan lagi bagi mengadapi saingan musim depan.

“Bagi Terengganu FC, rombakan akan dibuat dan kita sedang mengadakan perbincangan dengan Irfan Bakti. Kita mahu selepas ini skuad Penyu diberi suntikan baharu dan dapat bermain dengan cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika me­nyaksikan aksi separuh akhir Piala Malaysia, TFC II menentang Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini semalam.

Dalam perlawanan itu, TFC II gagal membuat kejutan di hadapan lebih 10,000 penonton di sini setelah tewas 0-3 kepada juara bertahan, Selangor.

Ahmad Razif menarik perhatian, rombakan Terengganu FC akan dimuktamadkan dalam masa terdekat dan kini dalam proses perbincangan terakhir dengan Irfan bagi kerusi jurulatih.

“Kita mahu melihat Terengganu FC berwajah baharu, pasukan yang telah dibuat transformasi. Langkah ini mustahak untuk mengembalikan kegemila­ngan skuad pada musim akan datang malah saya juga sudah minta Rozi mengenalpasti pemain-pemain yang perlu kita cari,” katanya.

Sumber-UTUSAN MALAYSIA ONLINE 17 Oktober 2016

Gol awal rentap semangat Titans

 
PEMAIN T-Team Arif Fadzillah (kiri) melepasi asakan Bunyamin Umar.
Malik Muhamad & Ahmad Rabiul Zulkifli
sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: “Bukan aksi sebenar pemain,” ia kesimpulan ketua jurulatih T-Team Rahmad Darmawan selepas pasukannya dilemaskan juara bertahan Selangor pada separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam kelmarin.

Selain itu jaringan seawal minit kedua menerusi R Gopinathan dan gol kedua pada minit ke-18 melalui Ugo Ukah membunuh semangat juang pemain The Titans untuk kembali bangkit memadam kelebihan pasukan pelawat yang begitu selesa mendominasi perlawanan dengan kemenangan 3-0 untuk menjadikan agregat 5-1.

“Pada awal babak pertama kami bermain terlalu berhati-hati dan memberi ruang kepada lawan bergerak bebas yang akhirnya membawa padah selepas The Titans ketinggalan dengan jaringan pendahuluan.

“Selepas jaringan awal itu pemain mungkin terkejut dan sedikit sebanyak melemahkan semangat dan mental pemain untuk kembali bangkit untuk memburu gol bagi merapatkan kedudukan,” kata Rahmad sebaik tamat perlawanan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Oktober 2016 @ 9:08 AM


Usah perlekeh Titans

ZUBIR SULAIMAN
15 OKTOBER 2016
 Usah perlekeh Titans
Usah perlekeh Titans T-Team mengharapkan ‘magis’ terbaik daripada Rahmad Darmawan untuk membawa skuad The Titans mara ke pentas final Piala Malaysia musim ini.
“TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu."  Mungkin itu antara perumpamaan tepat apabila menceritakan tentang pasukan berstatus kelab, T-Team yang kini menjadi perhatian peminat bola sepak tanah air khususnya dalam kempen Piala Malaysia musim ini.

Jika sebelum ini, skuad yang berpangkalan di Kuala Terengganu itu hanya dipandang ‘enteng’ malah ada segelintir mereka berani membuat telahan ‘nakal’ dengan mengatakan skuad kendalian Rahmad Darmawan itu, hanyalah sebagai  pelengkap kepada saingan Liga Malaysia 2016.

Begitu pun, setelah kejayaan muncul selaku naib juara kumpulan A, Piala Malaysia, pasukan T-Team mula membuktikan kemampuan sebenar walaupun tidak dibarisi pemain ternama, namun mereka  berupaya memberikan saingan sengit cabaran setiap pasukan lawan.

Lebih menggembirakan apabila pasukan yang kembali mewarnai saingan Liga Super musim ini selepas setahun mengharungi Liga Perdana itu, tampil mengejutkan pencabar utama, Felda United  dalam aksi suku akhir dengan kejayaan membanggakan, sekali gus mengulangi kejayaan lima tahun lalu untuk mara ke separuh akhir Piala Malaysia.

TARIK PERHATIAN

KEJAYAAN itu dilihat bukan sahaja berjaya meraih sokongan dalam kalangan peminat bola sepak di Terengganu, malah difahamkan hampir kesemua tonggak utama pasukan T-Team itu mula mendapat perhatian beberapa pasukan gergasi bola sepak negara dalam memperkuatkan pasukan mereka musim depan.

Malah pemain muda skuad The Titans dikatakan turut berpeluang untuk membuat penampilan di persada antarabangsa apabila corak permainan yang ditampil pemain terbabit berjaya memikat sebuah pasukan kelab dari negara jiran.

Bagaimanapun, senario itu tidak membuatkan skuad The Titans terus dibuai lena apabila menyedari masih ada tugas lebih penting yang harus dilaksanakan  dalam memburu slot ke pentas final Piala Malaysia pada perhitungan terakhir saingan separuh akhir kedua bertemu Selangor di hadapan penyokong sendiri malam nanti.

OPTIMIS

SEMENTARA itu, ketua jurulatihnya, Rahmad Darmawan optimis kem bimbingannya mampu memanfaatkan peluang keemasan itu untuk melakarkan sejarah baharu buat pasukan T-Team dalam kancah saingan Piala Malaysia, meskipun Selangor berjaya membawa bekalan selesa pada pertemuan itu nanti.

Menurutnya, persiapan rapi telah pun dilakukan sejak lebih seminggu yang lalu dan mengakui pemainnya kini berada dalam kecergasan terbaik untuk melayan kunjungan Selangor sekali gus mengharapkan kejayaan menjadi milik mereka.

“Fokus kami pada perlawanan itu nanti bukan sahaja untuk mencari gol, malah pemain juga perlu mengelak dari dibolosi, jadi pemain harus mengimbangi 90 minit itu nanti.

“Insya-ALLAH sekiranya pemain mengikuti setiap perancangan yang dilakukan, saya yakin mereka mampu memberi satu persefahaman yang lebih baik dan mempamerkan rentak yang berbeza berbanding aksi di Shah Alam,” katanya.

Apa yang pasti pasukan T-Team mengharapkan ‘magis’ terbaik dari pengendali kelahiran Indonesia itu dalam memastikan bekas juara bertahan musim lalu itu mampu dijinakkan untuk  meneruskan impian mara saingan ke pentas final Piala Malaysia musim ini.

Meskipun turun tanpa kelibat benteng pertahanan kental, Abdoulaye Maiga, namun ketua jurulatih berusia 50 tahun itu yakin anak buahnya sudah bersedia untuk berdepan apa juga halangan yang bakal diberikan kem Selangor sehingga tamat perlawanan.


SUMBER-SINAR HARIAN 15 OKTOBER 2016

Terlalu berhati-hati punca T-Team tumbang

16 OKTOBER 2016
t-team
"GOL awal Selangor merentap semangat pemain saya," akui pengendali T-Team, Rachmad Darmawan selepas pasukannya tewas 0-3 pada separuh akhir kedua Piala Malaysia, malam tadi.

Jurulatih berasal dari Lampung, Indonesia itu berkata jaringan R Gopinathan seawal minit ketiga memberi tekanan kepada anak buahnya yang cuba bangkit daripada defisit 1-2 selepas tewas pada separuh akhir pertama.

"Kami bermula dengan terlalu berhati-hati...bila kita mula sedar sekali lagi dikejutkan dengan jaringan kedua lawan," katanya selepas perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, dekat sini, malam tadi.

Rachmad berkata, perbezaan pengalaman tidak banyak mempengaruhi permainan namun corak berhati-hati yang dipamerkan anak buahnya menjadi punca kekalahan itu.

"Lihat pergerakan pemain pada awal permainan, mereka sangat hati-hati, takut untuk lepaskan bola ke depan. Semuanya cuba untuk bertahan dan Selangor terus memberi tekanan kepada kita," katanya.

Selangor menang 3-0 menerusi jaringan Gopinathan diikuti gol Ugochukwu Ukah pada minit ke-19 dan Andik Vermansah pada minit terakhir perlawanan, sekali gus mara ke final dengan agregat 5-1 untuk bertemu Kedah yang layak dengan agregat 2-1 selepas seri 0-0 dengan Polis Diraja Malaysia, malam tadi.

Rachmad berkata pemainnya juga gagal menyerap serangan bertubi-tubi skuad Gergasi Merah yang tampil garang sejak awal perlawanan.

"Pemain cuba bangkit dan mula mengatur serangan bagi mendapatkan jaringan tetapi tetap tidak berhasil," katanya.

Beliau turut mengakui penjaga gol Selangor Mohd Khairul Azhan beraksi dengan cemerlang dan beberapa pergerakan yang cuba dihasilkan pemainnya, sering dapat dipatahkannya. - Bernama


SUMBER-SINAR HARIAN 16 OKTOBER 2016

T-Team, Terengganu FA kekal, terima sentuhan baru

16 OKTOBER 2016
 Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman
Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman
KEDUA-DUA pasukan bola sepak Terengganu, iaitu T-Team dan Terengganu FA akan dikekalkan dan diberi sentuhan baharu bagi menghadapi perlawanan musim depan.

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, keputusan itu diambil setelah berpuas hati dengan pencapaian pasukan The Titans yang berjaya melangkah ke separuh akhir saingan Liga Malaysia musim ini.

"Walaupun gagal melangkah ke final kita berpuas hati dengan corak persembahan dan semangat juang yang begitu tinggi ditunjukkan para pemain sehingga mampu mencapai ke tahap ini.

"Maka saya merasakan pasukan T-Team perlu dikekalkan dan pastikan pasukan ini diberi peluang untuk diperkemaskan lagi bagi menghadapi saingan liga dan Piala Malaysia tahun hadapan," katanya kepada pemberita, di Kuala Terengganu, semalam.

Dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah semalam menyaksikan pasukan Selangor meleburkan impian T-Team untuk melangkah ke peringkat akhir selepas menang 3-0 ke atas pasukan tuan rumah.

Pasukan pelawat berjaya menghasilkan gol seawal minit kedua menerusi R.Gopinathan diikuti Ugochukwu Ukah minit ke-19 dan Andik Vermansah minit ke-90.

Ahmad Razif yang kini memangku jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dalam pada itu berkata rombakan dan penstrukturan semula pasukan Terengganu FA akan dilakukan bagi memantapkan lagi pasukan itu yang prestasinya merudum musim ini.

Katanya, PBSNT kini dalam rundingan terakhir bersama pengendali Felda United, Irfan Bakti Abu Salim bagi jawatan jurulatih baharu skuad Penyu musim depan dan keputusan mengenainya akan diketahui dalam waktu terdekat.

"Dalam masa terdekat ini kita akan memuktamadkan dan kalau kita telah bersetuju saya akan minta beliau (jurulatih) menandatangani segera kontrak jurulatih kerana yang paling penting kita kena dapatkan jurulatih dulu untuk memudahkan pemilihan pemain-pemain yang akan datang," katanya. - Bernama

SUMBER-SINAR HARIAN 16 OKTOBER 2016

Sabtu, 15 Oktober 2016

Final ulangan

Final ulangan
 
PEMAIN Kedah, Thiago Agusto (tengah) berjaya melepasi kawalan pemain PDRM pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Melaka malam tadi. Kedua-dua pasukan seri 0-0.

BAGAIKAN aksi ulangan. Demikian gambaran perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini setelah juara bertahan, Selangor sekali lagi bakal membuat perhitungan dengan Kedah dalam aksi yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam hujung bulan ini.

Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan ketiga melibatkan skuad Gergasi Merah dan Helang Merah selepas final edisi 2008 yang memihak Kedah 3-2 dan perlawanan akhir musim lepas yang mana Selangor menang dengan keputusan 2-0.

Pada pentas separuh akhir malam tadi, skuad Merah Kuning tidak berdepan masalah untuk meranapkan impian pasukan berstatus kelab, T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu dengan keputusan 3-0.

Pasukan kendalian K. Gunalan itu berjaya mendapatkan dua gol awal menerusi pemain sayap, R. Gopinathan pada minit kedua sebelum tonggak pertahanan import, Ugo Ukah melebarkan kelebihan Selangor pada minit ke-19.

Kapten pasukan, Andik Vermansyah menambah derita pasukan tuan rumah menjadikan kedudukan 3-0 pada minit-minit akhir perlawanan menjadikan kedudukan agregat 5-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kejayaan melangkah ke perlawanan akhir merupakan bonus terbaik buat pasukan Gergasi Merah setelah mengharungi musim suram tahun ini apabila tersingkir awal dalam saingan Piala FA, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan gagal memberi saingan dalam pentas Liga Super.

Susulan kegagalan tersebut, pengendali asal musim ini, Zainal Abidin Hassan dipecat Ogos lepas dan posisinya diambil alih oleh Gunalan yang dilihat kembali berjaya meniupkan api semangat pada barisan pemain Selangor.

Sementara itu, di Stadium Hang Jebat, Melaka, Kedah berjaya mengekalkan kelebihan selepas sekadar seri tanpa jaringan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali gus menjadikan kemenangan 2-1 pada separuh akhir pertama bulan lalu sudah cukup untuk membawa Helang Merah mara ke final buat tahun kedua berturut-turut.

Pada pentas akhir musim lepas, dua jaringan penyerang Selangor, Ahmad Hazwan Bakri berjaya menamatkan badi Misi 33 Selangor yang ketika itu dibimbing oleh pengendali import, Mehmet Durakovic untuk meranapkan impian Kedah di Stadium Shah Alam.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1016&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4NCzVciuV Hakcipta terpelihara

KEPUTUSAN PENUH T-TEAM 0-3 SELANGOR

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
T-Team       0-2  Selangor       
                       m-3 R.Goponathan
                       m-19 Ugo Ukah
                       m-92 Andik
PEMAIN SELANGOR
01.KHAIRUL AZHAN
03 AZMI MUSLIM
04 PATRICK RONALDINHO
07 ANDIK VERMANSAH
08 SAIFUL RIDZUWAN
11 HAZWAN BAKRI
12 BINYAMIN UMAR
17 RIZAL FAHMI
18 UGO UKAH
23 S,VEENOD
25 R.GOPINATHAN
PEMAIN GANTIAN
13 RAZMAN ROSLAN
09 ADAM NORAZLIN
05 SHAHROM KALAM
PEMAIN T-TEAM
23 ILHAM
04 KAMAL AZIZI
02 WAN AHMAD
05 HASBULLAH AWANG
34 ARIF
08 BADROL
13 ASROL
1O MAKAN
11 PATRICK
30 DILSHOD
37 SAFAWI RASID
PEMAIN GANTIAN
14 IZATT FARIS
18 MOHD NORHAKIM

22 RAMZUL ZAHINI

TERKINI MASA KEDUA T-TEAM 0-2 SELANGOR

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
T-Team       0-2  Selangor       
                       m-3 R.Goponathan
                       m-19 Ugo Ukah
PEMAIN SELANGOR
01.KHAIRUL AZHAN
03 AZMI MUSLIM
04 PATRICK RONALDINHO
07 ANDIK VERMANSAH
08 SAIFUL RIDZUWAN
11 HAZWAN BAKRI
12 BINYAMIN UMAR
17 RIZAL FAHMI
18 UGO UKAH
23 S,VEENOD
25 R.GOPINATHAN
PEMAIN GANTIAN
13 RAZMAN ROSLAN

09 ADAM NORAZLIN

KEPUTUSAN MASA PERTAMA T-TEAM 0-2 SELANGOR

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
T-Team       0-2  Selangor       
                       m-3 R.Goponathan
                       m-19 Ugo Ukah
PEMAIN SELANGOR
01.KHAIRUL AZHAN
03 AZMI MUSLIM
04 PATRICK RONALDINHO
07 ANDIK VERMANSAH
08 SAIFUL RIDZUWAN
11 HAZWAN BAKRI
12 BINYAMIN UMAR
17 RIZAL FAHMI
18 UGO UKAH
23 S,VEENOD

25 R.GOPINATHAN

T-TEAM 0-1 SELANGOR

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
T-Team       0-1  Selangor       
                       m-3 R.Goponathan
PEMAIN SELANGOR
01.KHAIRUL AZHAN
03 AZMI MUSLIM
04 PATRICK RONALDINHO
07 ANDIK VERMANSAH
08 SAIFUL RIDZUWAN
11 HAZWAN BAKRI
12 BINYAMIN UMAR
17 RIZAL FAHMI
18 UGO UKAH
23 S,VEENOD

25 R.GOPINATHAN

Titans tak gentar ancaman Gergasi

 
HAQIMIE (dua dari kanan) yakin kemampuan pemain T-Team.
Kuala Terengganu: Ayuh T-Team! Buktikan kemampuan dalam misi mencipta sejarah melangkah ke pentas akhir Piala Malaysia. Itulah kata-kata semangat ketua jurulatih skuad bergelar The Titans Rahmad Darmawan menjelang pertemuan separuh akhir kedua bertemu juara bertahan Piala Malaysia Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) malam ini.

Pemain The Titans kini diibaratkan sebagai ‘harimau luka’ selepas tewas 1-2 dalam aksi separuh akhir pertama di tempat lawan pada 1 Oktober lalu dan kini berpeluang cerah untuk bangkit memburu kemenangan apatah lagi beraksi di hadapan penyokong sendiri.

“Atas kertas, pasti pengalaman lebih memihak kepada Selangor berikutan kejayaan merangkul trofi berprestij itu sebanyak 33 kali termasuk musim lalu berbanding T-Team yang baru dua kali layak ke separuh akhir saingan Piala Malaysia.

“Tetapi atas padang skripnya cukup berbeza dan kita mampu lakukan kejutan selain berharap situasi berkenaan tidak akan menjadi satu beban buat pemain, saya tetap berkeyakinan dan percaya pemain bakal memperoleh motivasi yang tinggi untuk membuktikan kemampuan mereka,” kata Rahmad.

Pengendali yang pernah membimbing skuad kebangsaan Indonesia itu turut menyatakan beliau tidak rela anak buahnya melepaskan peluang terbaik walaupun sedar pasukan pelawat memiliki barisan pemain berkualiti dan berpengalaman berbanding T-Team yang masih mentah.

“Kita ada resipi dan acuan kita sendiri, kita juga tidak hanya fikirkan bagaimana untuk menghasilkan jaringan bagi memadam kelebihan lawan tetapi kita juga perlu ada cara bagi mengelak lawan meledak jaringan.

“Saya sudah mempersiapkan semua pemain di setiap posisi dalam aksi penting ini dengan harapan pemain mampu memperagakan aksi terbaik tanpa tekanan sepanjang 90 minit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Mesotropin Sdn Bhd (MESOTROPIN) Shekh Mohd Haqimie Shekh Husain menyatakan, berdasarkan prestasi semasa, skuad bimbingan Rahmad mempunyai peluang cerah melangkah ke final.

Selain itu, Mohd Haqimie berkata, Mesotropin yang juga antara penaja skuad The Titans musim ini turut membayangkan pemain yang dimiliki skuad itu mampu melangkah lebih jauh terutamanya selepas menggunakan produk nutrisi sukan keluaran syarikatnya.

“Sebagaimana yang kita ketahui melalui pengambilan Mesotropin HydroWhey ia akan dapat membantu meningkatkan kecergasan, pembinaan otot dalam masa yang singkat serta dapat membantu proses pemulihan bagi menjana tenaga dan fokus.

“Dengan menggunakan M-sotropin sebagai makanan tambahan pula, penjanaan hormon pertumbuhan sedia ada di dalam badan dapat membantu anda membina saiz dan jisim otot di samping dapat mencegah penguraian otot selepas berakhirnya sesi latihan yang dipanggil proses katabolisma,” katanya.

Bercakap mengenai bahan utama dalam M-sotropin, Haqimie berkata, bahan utama yang terdapat dalam produk itu terdiri daripada BCAA, tribulus dan tongkat ali.

“Dalam kata lain, M-sotropin ialah pemakanan tambahan manakala HydroWhey pula pemakanan tambahan yang diambil selepas melakukan latihan berat, justeru kami menyarankan produk keluaran Mesotropin adalah pilihan bijak dan tepat kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Oktober 2016 @ 8:51 AM

Titans, Kedah mampu ke final

 Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tuah gelanggang sendiri bakal menjadi ‘senjata’ tambahan buat T-Team untuk mengejutkan Selangor manakala aksi konsisten Kedah ketika ini diyakini mampu membuatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berputih mata apabila aksi separuh akhir kedua saingan Piala Malaysia bermula malam esok.

Bekas pengendali negara yang kini memegang jawatan selaku Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) B Sathianathan berkata, T-Team dan Kedah menjadi pilihannya untuk mara ke pentas final Piala Malaysia yang dijangka berlangsung penghujung bulan ini.

Enggan mengecilkan kemampuan juara bertahan iaitu Selangor yang melakar kemenangan 2-1 pada aksi pertama di Stadium Shah Alam sebelum ini, cabaran di Kuala Terengganu dilihat lebih sukar dengan anak buah Rahmad Darmawan bakal mendapat ‘sentuhan pemain ke-12’ yang akan memenuhi segenap ruang lingkup Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

“Saya lihat kelebihan berpihak kepada pasukan T-Team di mana mereka akan mendapat sokongan padu penyokong setia Terengganu. Ini mungkin faktor tambahan buat T-Team untuk menewaskan Selangor nanti,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

“Bukan itu saja, saya berpandangan T-Team sebenarnya memperaga aksi lebih baik berbanding Selangor. Walaupun tidak dibarisi pemain ternama, tetapi mereka berjaya bermain dengan baik sekali.

“Sudah tentunya Selangor harus mempertahankan kelebihan satu gol itu, jika tidak pasukan juara bertahan mungkin boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Malaysia,” katanya.

Mengulas mengenai aksi di antara PDRM dan Kedah di Stadium Hang Jebat, Melaka, beliau menyifatkan skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu lebih berkualiti daripada The Cops.

“Dengan adanya kelibat penolong ketua skuad kebangsaan Baddrol Bakhtiar, saya percaya pemain tengah itu bakal menjadi faktor penentu kepada kemaraan Kedah selain ketajaman penyerang import mereka, Thiago Augusto di jentera serangan.

“Memang diakui ia menjadi tugas sukar buat PDRM yang tewas 2-1 sebelum ini. Berdasarkan rekod dan berpengalaman pemain-pemain Kedah, saya tak nampak sebab mengapa mereka tidak boleh melepasi separuh akhir ini biarpun bermain di tempat lawan,” katanya.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Oktober 2016 @ 11:18 AM

Rezeki tak jumpa stadium

 
Ketua Pegawai Operasi T-Team, Mohd Shahrizan Mohd Zain (tengah) menyampaikan pas percuma kepada penyokong T-Team di pejabat T-Team. FOTO STR/MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK
Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli
am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Kekecewaan 44 penyokong T-Team yang tersesat dan gagal menyaksikan perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka pada 17 September lalu terubat apabila diberi tajaan tiket percuma bagi perlawanan Sabtu ini.

Tajaan tiket itu membabitkan perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara T-Team menentang Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini.


Mereka menerima pas khas disampaikan Ketua Pegawai Operasi T-Team Mohd Shahrizan Mohd Zain dalam satu majlis ringkas di Pejabat T-Team, hari ini.

Mereka akan menuntut tiket perlawanan itu yang akan diedarkan pada pagi Sabtu nanti.

Pada 17 September lalu, kumpulan penyokong terbabit terlepas untuk menyaksikan perlawanan pasukannya menentang FELDA United kerana bas dinaiki mereka tersesat hingga ke Jempol, Negeri Sembilan.

Menurut Mohd Shahrizan, pemberian tiket perlawanan itu adalah sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan dan kesungguhan kumpulan penyokong terbabit kepada T-Team.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Oktober 2016 @ 7:14 PM

Konate mahu final bersejarah

 
Aksi Konate pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam. FOTO NSTP
BERNAMA
Kuala Terengganu: 'Awang import' Makan Konate tekad mahu mencipta sejarah dalam membantu membawa pasukan T-Team ke final Piala Malaysia musim ini.

Bagi erealisasikan impian pemain berusia 25 tahun itu berharap kesemua pemain akan terus memberi komitmen penuh apabila menentang Selangor pada aksi separuh akhir kedua di laman sendiri, Sabtu ini.

Walaupun ketinggalan 1-2 pada separuh akhir pertama Konate menganggap ia peluang terbaik untuk pasukan itu membuat penampilang sulung di final dengan sokongan penyokong serta tuah gelanggang sendiri.

"Fokus kami untuk memenangi perlawanan penting ini," kata pemain kelahiran Mali itu, hari ini.

Menurutnya, ketika ini semua pemain membuat persediaan mental dan fizikal menerusi latihan direncanakan oleh ketua jurulatih, Rahmad Darmawan.

Biarpun tanpa kelibat rakan senegara Abdoulaye Maiga di barisan depan dalam kesebelasan utama, Konate kehadiran semula perancang utama, Dilshod Sharofetoinov akan menyuntik semangat pemain mencari kejayaan.

Sharofetoinov, pemain kelahiran Uzbekistan sebelum ini tidak dapat diturunkan pada aksi separuh akhir pertama akibat penggantungan satu perlawanan selepas mengutip dua kad kuning.

Konate pemain tengah yang kerap peranan selaku penggempur bentang pertahanan lawan, berkata kehadiran semula Sharofetoinov kembali memberi semangat sekali gus memperkuatkan barisan serangan.

Beliau yakin pasukannya mampu menampilkan aksi yang lebih baik berbanding perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam berbanding dua minggu lalu.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Oktober 2016 @ 5:40 PM

Pertembungan T-Team Red Giants dikawal ketat

Idris nasihat penyokong datang awal ke stadium. FOTO NSTP
BERNAMA
Kuala Terengganu: Polis akan memperketatkan pemeriksaan dan kawalan keselamatan pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara T-Team dan Selangor di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, di sini, Sabtu ini.

Lebih 500 anggota dan pegawai keselamatan termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) akan ditugaskan bagi mengawal aliran trafik dan keselamatan di dalam dan luar stadium sepanjang perlawanan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abd Rafar berkata langkah tersebut diambil bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini melibatkan penyokong kedua-dua pasukan.

"Kita akan menempatkan pegawai dan anggota di beberapa lokasi strategik baik di dalam dan luar stadium selain pemeriksaan rapi di setiap pintu masuk stadium," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Atas faktor keselamatan, jumlah penonton di stadium, yang berkapasiti 25,000 orang, akan dihadkan kepada 10,000 orang, katanya.

Idris turut meminta penyokong supaya tidak membawa masuk barang larangan ke dalam stadium antaranya senjata, mercun dan bom asap, sambil memberi amaran bahawa pihaknya tidak teragak-agak mengmbil tindakan tegas terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"Kita mengingatkan para penyokong tidak melakukan provokasi sehingga menimbulkan kekecohan sebelum dan selepas perlawanan," katanya.

Katanya bagi membolehkan mereka yang gagal mendapatkan tiket menyaksikan perlawanan tersebut, skrin besar juga akan disediakan di kawasan berhampiran stadium.

Beliau turut menasihatkan penyokong kedua-dua pasukan agar datang ke stadium seawal pukul 6 petang bagi mengelak kesesakan jalan raya di bandar raya dan meletakkan kenderaan mereka di tempat yang dibenarkan.

Pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, dua minggu lalu, Selangor mengalahkan T-Team 2-1.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Oktober 2016 @ 7:40 PM